Friday, August 31, 2012

ADAB MENUNTUT ILMU

MAKSUD ILMU PENGETAHUAN


"Ilmu pengetahuan itu bagi kalangan kaum cendekiawan mempunyai fungsi sebagai penghubung kasih sayang." (Imam Syafi'i) Ilmu hendaklah dicari. Ilmu tidak mungkin datang sendiri kepada anda. Menuntut ilmu dalam Islam perlu mengikut adab yang tertentu. Antarnya adalah:

 1. Jauhi sifat hati yang tidak baik Sifat dengki, hasad, cemburu, bermegah-megah, suka memandang rendah terhadap keupayaan orang lain adalah antara sifat-sifat hati yang yang sepatutnya dijauhi oleh seseorang yang sedang menuntut ilmu pengetahuan. Sifat hati yang buruk sebegini akan merosakkan seseorang pelajar dan orang yang disekelilingnya serta tidak akan mendapat keberkatan daripada Tuhan. Islam tidak memerlukan umatnya yang berilmu tetapi mempunyai hati yang kotor.

 2. Sentiasa merendah diri, menghormati dan menurut nasihat gurunya Guru mesti dihormati oleh pelajar. Guru banyak berkorban masa, tenaga dan wang untuk membantu pelajar mendapat kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan dan menjadi individu yang mempunyai jati diri yang utuh. Guru menyalurkan ilmu kepada pelajar yang akhirnya menjadikan pelajar semakin cerdik dan bertambah matang. Guru sentiasa mengambil berat terhadap pelajar sama ada ketika senang mahupun susah. oleh itu, seseorang pelajar mestilah sentiasa merendahkan diri, menghormati dan patuh kepada nasihat gurunya. Nasihat guru perlu didengar kerana mereka adalah lebih tua serta mempunyai pengalaman hidup yang lebih daripada pelajar. Sekiranya pelajar telah berjaya dalam peperiksaan atau dalam hidup, janganlah sesekali melupakan jasa dan pengorbanan guru. Jasa dan pengorbanan guru tiada tandingannya, selayaknyalah mereka diberi penghormatan.

 3. Wujud kesungguhan diri untuk mencapai kecemerlangan Sebagai seorang penuntut ilmu, sifat kesungguhan dalam diri adalah suatu kemestian yang perlu dimiliki. Kesungguhan akan memebezakan antara orang yang berjaya dengan orang yang gagal. Dalam hal ini, tanpa kesungguhan pelajar akan mudah menyerah kalah apabila berhadap dengan sedikit masalah. Melalui sifat kesungguhan yang jitu, pelajar melihat sesuatu masalah yang besar sebagai suatu masalah kecil yang mampu ditangani dengan mudah. Kesungguhan dalam mencapai kecemerlangan apabila melakukan sesuatu perkara dengan cara yang terbaik merupakan tuntutan dalam agama. Pesan Nabi s.a.w.: 

Niat beribadat semata-mata kerana Allah
Dalam agama Islam, niat adalah amat penting dalam melakukan sesuatu perkara. Sesuatu amalan itu diterima atau tidak oleh Allah adalah bergantung kepada niat seseorang itu belajar hanya kerana hendak memperolehi kekayaan pada suatu masa kelak, maka jadilah amalan belajar itu bukan suatu perkara ibadat. Pelajar perlu menuntut ilmu dengan niat kerana Allah serta menyedari ilmu suatu tuntutan dalam agama, ingin mengenali Allah dengan lebih dekat, mengagumi kehebatan ilmu-Nya serta agar dapat beramal dengan sesuatu ilmu setelah ilmu dituntut. Biarlah sebagai sampingan, bukannya tujuan sebenar atau matlamat dalam hidup seseorang pelajar.


Beradab sopan terhadap guru, sama ada di hadapan atau di belakangnya
Bila bertemu guru, pelajar hendaklah bersopan terhadap guru dengan mengucapkan salam (atau selamat sejahtera terhadap guru yang bukan beragama Islam) serta bercakap secara lemah lembut dengan menggunakan nada yang rendah. Jika pelajar berselisih pendapat mengenai sesuatu isu, nyatakan pendapat dengan penuh hikmah dan bijaksana. Jangan seskali menengking serta meninggikan suara terhadap guru.Dalam pelajar, terdapat segelintir pelajar yang suka mengumpat, mengutuk atau memperli guru bila bercakap sesama mereka ketika ketiadaan guru. Mereka mengumpat mengenai keburukan fizikal guru, cara guru berpakaian, cara bercakap, perangai guru, keterampilan guru dan sebagainya. Perkara sesumpama ini sememangnya terlarang dalam apa jua agama. Pelajar seharusnya menghormati guru yang banyak berjasa kepada mereka walaupun di belakang mereka. Ingatlah Allah mungkin akan menarik keberkatan ilmu yang ada pada pelajar jika amalan buruk ini sentiasa diteruskan.
Hormat dan beradab kepada guru adalah anak kunci keberkatan ilmu. 

QUNUT NAZILAH

Assalamualaikum dan salam pagi ceria untuk semua teman tersayang.
mari belajar qunut nazilah untuk perlindungan..

Sejak kita dikejutkan dengan berita keganasan tentera Israel menyerang kapal misi keamanan Mavi Marmara, seluruh ummat Islam seluruh dunia kembali tersedar. Israel memang musuh ummat Islam, musuh negara Islam dan musuh dunia. Tapi kita orang Islam ni cepat lupa, cepat lalai dan cepat leka. Sekali ombak kesedaran datang, masa itulah kita beriya-iya memboikot segalanya yang ada kaitan dengan Israel. Tapi selang beberapa bulan, kita pun lupa.


Sekali lagi mereka mengganas! Menyerang gaya komando sebuah kapal misi keamanan yang membawa sukarelawan, bantuan makanan dan ubat-ubatan. Penumpangnya dari semuda bayi 1 tahun hinggalah warga emas 80 tahun. Tanpa belas kasihan mereka ditembak dan 19 orang meninggal dunia 30 lagi cedera. Itu berdasarkan berita tv. Jumlah sebenar kita pun tidak pasti.


Jomlah kawan-kawan semua, kita bantu semampu daya yang ada. Dengan kelemahan kita ini, HANYA DOA SEBAGAI SENJATA. Marilah kita sama-sama berqunut Nazilah memohon dari Allah menyelamatkan Islam, ummat Islam dan kita juga dari kejahatan nafsu syaitan dari diri manusia bernama Israel laknatullah. Di bawah ialah sedikit info mengenai Qunut Nazilah, doanya dan juga terjemahannya.
JOM KITA SAMA-SAMA PRAKTIKKAN!


Qunut Nazilah

Bacaan Qunut merujuk kepada doa yang dibaca di dalam solat pada tempat yang khusus sewaktu berdiri. Qunut nazilah merupakan salah satu daripada tiga jenis qunut yang sunat dibaca dalam solat mengikut mazhab syafie selain qunut dalam solat subuh dan qunut pada separuh malam kedua terakhir dalam solat witir di bulan Ramadhan. Qunut nazilah sunat dibacakan ketika umat Islam didatangi bala bencana atau ditimpa musibah seperti ketakutan, ditimpa wabak, diserang belalang dan sebagainya. Qunut ini tidak dibacakan jika umat Islam tidak didatangi dengan cubaan-cubaan seperti ini. Bacaan ini pernah dibacakan oleh Rasulullah ketika kejadian pembunuhan beramai-ramai 60 orang penghafaz al-Quran selama sebulan berdasarkan hadis berikut:


 "Sesungguhnya Nabi sallallahu`alaihiwasallam telah membaca doa qunut pada waktu selain dari Subuh ketika turunnya sewaktu pembunuhan sahabat-sahabatnya penghafaz-penghafaz al-Quran." (Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim)Tatacara Bacaan Qunut Nazilah

1. Qunut ini boleh dibacakan pada tiap-tiap sembahyang fardhu jika kedatangan bala atau sebarang cubaan dari Allah SWT.Dari Abi Hurairah radhiyallahu `anhu beliau berkata: "Demi Allah, sesungguhnya aku akan mendekatkan kamu cara solat Rasulullah S.A.W. Maka Abu Hurairah melakukan qunut pada solat Zuhur, Isya' dan Subuh. Beliau mendoakan kebaikan untuk kaum mukminin dan memintakan laknat ke atas orang-orang kafir".


2. Qunut ini dibacakan pada waktu iktidal selepas ruku’ pada rakaat terakhir.

“Ya Allah, sesungguhnya kami bermohon pertolongan Mu, kami meminta ampun kepada Mu, kami memohon petunjuk dari Mu, kami beriman kepada Mu, kami berserah kepada Mu dan kami memuji Mu dengan segala kebaikan, kami mensyukuri dan tidak mengkufuri Mu, kami melepaskan diri daripada sesiapa yang durhaka kepada Mu.
Ya Allah, Engkau yang kami sembah dan kepada Engkau kami bersalat dan sujud, dan kepada Engkau jualah kami datang bergegas, kami mengharap rahmat Mu dan kami takut akan azab Mu kerana azab Mu yang sebenar akan menyusul mereka yang kufur.
Ya Allah, Muliakanlah Islam dan masyarakat Islam. Hentikanlah segala macam kezaliman dan permusuham, Bantulah saudara-saudara kami di mana sahaja mereka berada. Angkatlah dari merekakesusahan, bala, peperangan dan permusuhan.
Ya Allah, selamatkanlah kami dari segala keburukan dan janganlah Engkau jadikan kami tempat turunnya bencana, hindarkanlah kami dari segala bala kerana tidak sesiapa yang dapat menghindarkannya melainkan Engkau, ya Allah.”


3. Sunat ditambah bacaan doa ini selepas bacaan qunut harian.


4. Disunatkan kepada Imam untuk membacanya secara kuat dan diaminkan oleh makmum dalam solat yang berjemaah.


5. Sebagai peringatan, qunut nazilah hanya dibacakan apabila manusia ditimpa sesuatu musibah. Maka, solat fardhu selain solat subuh tidak dibaca qunut melainkan jika berlaku sesuatu perkara
buruk.

RUKUN - RUKUN SOLAT JUMAAT

Dalil Al Quran tentang Solat JumaatFirman Allah SWT:

“ "Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan solat pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi ke masjid untuk mengingati Allah [dengan mengerjakan solat Jumaat] dan tinggalkanlah berjual beli [pada saat itu]; yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui [hakikat yang sebenarnya]," (Surah Al-Jumu'ah: 9) ” Hadis tentang Solat JumaatSabda Rasulullah SAW:

“ "Solat Jumaat itu hak wajib dikerjakan oleh tiap-tiap orang Islam dengan berjemaah, kecuali empat jenis manusia: hamba sahaya yang dimiliki, perempuan, anak-anak, dan orang yang sakit.

" (Hadis Riwayat Abu Dawud & Hakim). ” Syarat wajib solat JumaatIslam - tidak wajib bagi orang kafir. Baligh- tidak wajib bagi kanak-kanak yang belum baligh. Berakal - tidak wajib bagi orang yang gila. Merdeka - tidak wajib ke atas hamba abdi. Lelaki - tidak diwajibkan untuk orang perempuan. Sihat - tidak wajib bagi orang yang uzur dan berhalangan. Bermastautin atau bermukim - tidak wajib bagi orang yang musafir. Syarat sah solat JumaatDidirikan di dalam waktu Zuhur. Tempat mendirikan solat Jumaat itu hendaklah di suatu tempat yang telah ditetapkan seperti masjid, dewan, padang dan sebagainya. Mestilah berjemaah dengan sekurang-kurangnya 40 orang yang tinggal tetap di kawasan itu. 
Didahului dengan dua khutbah - rujuk (Khutbah Jumaat).

 Haram tinggalkan solat JumaatMeninggalkan solat Jumaat merupakan perbuatan yang ditegah kerana solat Jumaat hukumnya adalah wajib, fardu ain ke atas setiap individu muslim. Orang yang meringan-ringankan hukum Allah ini akan mengundang kemurkaanNya dan mereka bakal menerima balasan yang setimpal dengan dosa yang dilakukan. Bahkan orang yang enggan mentaati suruhan Allah, pintu hatinya lama kelamaan akan tertutup daripada mendapat hidayah dan menjadikan mereka semakin sesat dan terus melakukan dosa-dosa yang lain.

Dari Abu Jakdi ad-Dhamri bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“ "Sesiapa yang meninggalkan solat Jumaat 3 kali dengan sengaja, maka Allah SWT akan menutup hatinya daripada menerima petunjuk" (Hadis riwayat Abu Daud) ” Pengecualian dari menunaikan solat JumaatSeorang Muslim yang mengalami salah satu perkara di bawah ini adalah dikecualikan dari menunaikan solat Jumaat, mereka hanya perlu solat Zohor seperti biasa:

Sakit - Iaitu sakit yang menyukarkan untuk ke masjid atau bimbang akan memudaratan penyakitnya.

 Hujan - Jika hujan itu membawa kesukaran untuk pergi ke masjid. Musafir - Iaitu orang yang keluar sebelum subuh untuk bermusafir. 

Takut dizalimi - Orang yang bersembunyi kerana takut di zalimi.

 Perang - Orang yang berada di medan perang.

 Perkara-perkara sunat yang dilakukan pada hari JumaatMandi sunat hari Jumaat, terutama ketika hendak berangkat ke Masjid. Memotong kuku. Memotong, mencabut atau mengunting bulu [ketiak, hidung, misai]. Bersugi. Memakai wangi-wangian. Berhias diri dengan memakai pakaian yang bersih dan cantik. Bersegera pergi ke masjid. Berniat Iktikaf. Solat sunat Tahiyatul Masjid sebaik sahaja masuk ke dalam masjid. Memperbanyakkan berzikir, membaca Al Quran dan berselawat ke atas Nabi.

Sifat Wudhu Rasulullah

Cara-cara berwudhu':-

1) Berniat. Dari Umar RA, dia berkata aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu dengan niat"[1]

2) Membaca basmalah yakni ' بسم الله ' (bismillah) yang bermaksud "Dengan nama Allah". Sabda Rasulullah SAW:


لا صلاة لمن لا وضوء له، ولا وضوء لمن لم يذكر اسم اللّه تعالى عليه

Maksudnya: “Tiada solat untuk sesiapa yang tidak berwudhu baginya, tiada wudhu’ untuk sesiapa yang tidak menyebut nama Allah SWT.”[2]

Akan tetapi sekiranya seseorang lupa untuk membaca basmalah tidaklah mengapa, wudhu’nya sah dan tidak perlu mengulangi wudhu’nya lagi.[3]

Tatacara wudhu Rasulullah SAW telah ditunjukkan dalam satu hadith.

أن حمران مولى عثمان أخبره؛ أن عثمان بن عفان رضي الله عنه دعا بوضوء. فتوضأ. فغسل كفيه ثلاث مرات. ثم مضمض واستنثر. ثم غسل وجهه ثلاث مرات. ثم غسل يده اليمنى إلى المرفق ثلاث مرات. ثم غسل يده اليسرى مثل ذلك. ثم مسح رأسه. ثم غسل رجله اليمنى إلى الكعبين ثلاث مرات. ثم غسل اليسرى مثل ذلك. ثم قال: رأيت رسول الله صلى الله عليه وسلم توضأ نحو وضوئي هذا

Humran ra, hamba Uthman bin Affan RA meriwayatkan, Uthman bin Affan RA memanggilnya untuk berwudhu, dan dia (Uthman RA) pun berwudhu. Maka dia mencuci kedua pergelangan tangannya/telapak tangan sebanyak tiga kali, seterusnya dia memasukkan air ke dalam mulut dan hidungnya dan kemudian menghembuskannya keluar. Kemudia beliau mencuci mukanya tiga kali. Kemudian beliau mencuci tangan kanannya hingga ke siku sebanyak tiga kali. Kemudia mencuci tangan kirinya seperti itu jua. Seterusnya beliau menyapu kepalanya. Kemudia beliau kaki kanannya hingga ke buku lali tiga kali. Kemudian beliau mencuci kaki kiri seperti itu jua. Seterusnya Uthman bin Affan ra berkata: “Aku telah melihat Rasulullah SAW berwudhu’ sebagaimana wudhu’ aku ini.”[4]

Tatacara wudhu berdasarkan hadis di atas dapat diringkaskan sebagai:-

1) Mencuci kedua pergelangan tangan sebanyak tiga kali. Lihat gambar:

2) Memasukkan air ke dalam mulut dan hidung dengan serentak sebanyak tiga kali kemudian menghembuskannya keluar. Air itu dimasukkan ke dalam mulut dan hidung dengan menggunakan tangan kanan. Kemudian air tersebut dikeluarkan menggunakan tangan kiri.Hal ini diterangkan dalam hadis berikut:-

وعن عبد خير قال نحن جلوس ننظر إلي علي حين توضأ فأدخل يده اليمنى فملأ فمه فمضمض واستنشق ونثر بيده اليسرى فعل هذا ثلاث مرات ثم قال من سره أن ينظر إلى طهور رسول الله صلى الله عليه وسلم فهذا طهوره

Dari Abd Khair, dia berkata kami duduk-duduk dan melihat Ali RA ketika beliau berwudhu’, dia memasukkan air ke dalam mulut dan hidungnya dengan menggunakan tangan kanan kemudian mengeluarkannya dengan menggunakan tangan kiri. Beliau melakukan hal tersebut sebanyak tiga kali. Kemudian Ali RA berkata: “Barangsiapa ingin melihat cara Rasulullah SAW berwudhu’, maka beginilah cara wudhu’nya.”[5] Lihat gambar di bawah:-

Memasukkan air ke dalam hidung hendaklah dilakukan dengan bersungguh-sungguh kecuali ketika berpuasa. Sabda Rasulullah SAW:

“Bersungguh-sungguhlah dalam memasukkan air ke dalam hidung melainkan ketika kamu berpuasa.”[6]

3) Membasuh muka sebanyak tiga kali. Kawasan muka ialah dari pangkal tumbuhnya rambut hingga bawah dagu atau janggut. Dan dari telinga kanan hingga telinga kiri.

Jika rambut yang tumbuh pada wajah tidak terlalu tebal, maka wajib membasuhnya sehingga kulit yang dilindungi bulu-bulu tersebut. Sedangkan jika terlalu tebal, cukup dengan hanya membasuhnya sahaja.[7]

4) Membasuh tangan dari hujung tangan hingga ke siku sebanyak tiga kali.

5) Menyapu keseluruhan kepala dan telinga sekali sahaja. Kedua-dua telinga adalah termasuk dalam kawasan kepala. Rasulullah SAW bersabda: “Kedua telinga adalah daripada kepala.”[8] Cara menyapu kepala ialah dengan meratakan air ke seluruh kepala dan selepas itu kedua-dua jari telunjuk digunakan untuk membersihkan bahagian dalam telinga manakala kedua-dua ibu jari pula digunakan untuk membersihkan bahagian belakang telinga.[9]

6) Membasuh kaki dari hujung jari hingga ke buku lali sebanyak tiga kali.

7) Selepas melakukan hal-hal di atas, hendaklah membaca doa selepas wudhu’ yang wujud di dalam sunnah. Ada beberapa jenis bentuk doa selepas berwudhu’, antaranya:

Umar Ibn Khattab RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Tiadalah sesiapa di antara kamu yang melakuka wudhu dan menyempurnakan wudhunya kemudian membaca:

أشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له وأشهد أن محمدا عبده ورسوله

Ashhadu anlaa ilaaha illallaahu wahdahu laa shareekalahu washhadu anna Muhammadan 'abduhu wa rasooluhu (Aku bersaksi bahawa tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah yang Esa yang tiada sekutu bagiNya dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu hambaNya dan RasulNya)

melainkan kesemua lapan pintu syurga akan dibuka untukya- dan dia akan memasukinya melalui mana-mana pintu yang dia kehendaki.[10] Di dalam riwayat at-Tirmizi ditambah kalimat di bawah kepada doa di atas:

اللهم اجعلني من التوبين و اجعلني من المتطهرين

Allahummaj’alni minat tawwabin, waj ‘alni minal mutatohhirin

Ya Allah, jadikanlah aku dari kalangan manusia yang bertaubat dan jadikanlah aku dari mereka yang bersuci.[11]

Abu Said al-Khudri pula meriwayatkan dari Rasulullah SAW bacaan begini:

سبحانك اللهم و بحمدك اشهد ان لا اله الا انت استغفرك و اتوب اليك

Subhaanakallaahumma wa bihamdika ashhadu anlaa ilaaha illa anta astaghfiruka wa atoobu ilaika

Maha suci Engkau wahai Tuhanku dan segala puji buat Engkau, aku bersaksi tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau dan aku memohon keampunan daripada engkau dan aku bertaubat kepada Engkau.